Buah Tin




Berikut ini firman Allah SWT dan sabda Nabi SAW
Allah swt berfirman,
” Demi buah tin dan buah zaitun, demi gunung thursina,” (at-Tin: 1-2)







Selain dari kurma yang telah diketahui umum akan khasiat dan hikmah memakannya, buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun. Apakah keistimewaan buah tin dan buah zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya?



Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.



Buah ara yang dikeringkan juga dipanggil buah tin, sempena nama pokok Ara dalam Al Quran. Ini kerana jemaah haji membeli buah dari pedagang Arab yang memanggilnya dengan nama tempatan. Terdapat pendapat yang menyatakan buah tin merupakan antara tumbuhan terawal yang ditanam manusia.





Pokok Ara merupakan sumber yang baik untuk flavonoid dan polifenol. Apabila buah ara disukat untuk kandungan bahan antiosidanya didapati bahawa 40 gram buah ara kering atau juga dikenali sebagai buah Tin (dua biji buah ara yang sederhana saiznya) boleh meningkatkan keupayaan bahan antioksida plasma. Pokok Ara juga mengandungi kandungan serabut yang terbanyak, berbanding buah-buahan yang lain, baik kering mahupun segar..


Buah tin kering mengandungi kurang air dibandingkan dengan buah tin yang segar iaitu lebih kurang 23%. Buah tin kering juga membekalkan enam kali lebih banyak kalori daripada buah yang segar. Pengeringan buah tin mengakibatkan pemekatan nutrisi didalamnya yang mana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.







Khasiat dan Manfaat Buah Tin :


1. Kandungan Kalium, Omega 3 dan Omega 6 pada buah tin membantu untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan Jantung koroner.


2. Buah Tin/ Ara kaya serat makanan, yang membuat mereka sangat efektif untuk program penurunan berat badan( Obesiti).




3. Bahkan daun dari tanaman tin memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daun pohon tin/ ara dapat membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah asupan insulin.

4. Makan buah tin/ ara sebagai rutin harian dapat membantu mengurangi risiko kanser payudara.

5. Kandungan Coumarin pada buah tin , juga dapat mengurangi risiko Kanser Prostate.
Tryptophan, dalam buah tin/ ara, menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia.

6. Makan buah tin/ ara mengurangkan kelelahan , meningkatkan daya memori otak dan mencegah Anemia.

7. Serat larut yang terdapat pada buah tin disebut Pektin, dalam buah tin membantu dalam mengurangi kolesterol darah.

8. Bila diterapkan pada kulit, tin/ ara dipanggang dapat menyembuhkan radang seperti abses dan bisul.

9. Kerana kadar air yang tinggi, tumbuk buah tin bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik dan membantu dalam mencegah dan menyembuhkan jerawat.

10. Buah tin kaya dengan kalsium dan kalsium alternatif yang sangat baik untuk terapi pengubatan orang-orang yang alergi terhadap produk susu.

11. Buah tin kaya dengan Phenol dan Benzaldehid alami sebagai Zat Anti Tumor serta dapat membunuh Micro-organisme Pathogen, Jamur dan Virus dalam tubuh manusia.

Di dalam kitab Tafsir al Munir tulisan Dr Wahbah az Zuhaili; seorang tokoh ulamak di bumi Syam as Syarif.mentafsir surah at Tin .Di dalam kitab tersebut, penulis ada menyatakan bahawa buah tin ini mempunyai 1001 rahsia penyembuhan...


Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah:

1.Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak

2.Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.

3.Memecahkan batu karang di dalam badan.

4.Menyegarkan badan yang lesu.

5.Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.

6.Rawatan buasir.

7.Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dan lain-lain.

8.Rawatan penyakit GOUT


Kesimpulannya,buah tin amat baik untuk kesihatan dalaman dan luaran setiap insan,jika diamalkan dan tidak memudaratkan kesihatan berbanding daripada produk pada masa kini yang bercampuk aduk bahan yang belum pasti akan kebenarannya.

Rujukan : http://manfaatbuahkesehatan.blogspot.my/2014/11/29-manfaat-buah-tin-bagi-kesehatan-yang.html

2 comments:

  1. assalamualaikum...sy nak ambil artikel ni dan letak di blog sy bole?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum slm sejahtera kepada warga group yang ada penyakit kencing manis!!. Jom viralkan berita baik ni Bantu kakak2 abang2 kita yg ada kencing manis yg dh bertahun2 bergantung pd ubatan.

    Bantu kwn2 kita, saudara mara,jiran2 smua. Rawat terus kencing manis!

    Ini 1 penemuan herba utk rawat kencing manis dgn bacaan gula xkira betapa tggi pun.

    Herba yg di proses menjadi jus untuk pesakit kencing manis menurun kan bcaan gula yang amat tinggi

    -Kaki luka bernanah
    -Badan letih dan lemah akibat kencing manis
    -Paling penting dapat lindungi buah pinggang
    -Rasanya yang tidak pahit dan sedap untuk di minum

    🗣Jom sama2 kita viral kan, ..kita rawat cara selamat ,cara alami tanpa kandungan bahan kimia yg boleh bgi kesan yang tidak baik.

    Gula turun dengan cepat selpas hanya dua jam meminum jus herba ni dan rasa tidak pahit

    Stabil kan gula kembali..paling penting dapat menjaga buah pinggang!

    Ini adalah herba yg sangat sukar dijumpai dn amat berkesan.

    Mari bantu saudara mara,kwn2,jiran2 dn keluarga kte turun kan kencing manis dengan cepat dan pantas cara selamat 💪🏻


    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa Herba ni fresh2 di proses tiada perap simpan lama2.. boleh diambil sebagai suplement utk penyakit2 lain juga.

    Call & whats app sekarang! Nk tanya je dlu blh jgn malu.

    En mohd zuhairi 017 468 7570
    En mohd zuhelmi 0111 63 82 044



    #sharing is caring



    ReplyDelete